Peliknya buah ni……

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

AckeeĀ  merupakan buah kebangsaan Jamaica. Benih pokok ini dibawa masuk ke negara tersebut pada 1778. Sehingga sekarang buah ini banyak digunakan dalam masakan Jamaica. Buah ini hanya dimakan bahagian dalamnya sahaja.

Sitrus berjari merupakan spesies lemon yang banyak digunakan untuk mengolah minuman keras. Ia tidak digunakan untuk masakan biasa kerana rasanya yang begitu masam. Selain itu perahan airnya sitrus ini juga digunakan untuk minyak wangi.

Romanesco adalah bunga kubis yang bentuknya agak unik. BunganyaĀ  agak kecil yang bertindan antara satu sama lain. Ia kaya dengan vitamin C dan K dan serat.

Sejenis lagi bunga kubis yang jarang dilihat di negara kita ialah brokoli berwarna ungu. Warna ungu terbentuk kerana kehadiran anti oksidan jenis antoksanin yang juga terdapat pada kubis ungu. Brokoli jenis ini banyak ditanam di United Kingdom dan Itali.

Barelaa, ia sekarang ini banyak dijual di pasar-pasar malam di Kuala Lumpur kerana permintaan yang tinggi di kalangan pembeli bangsa Nepal dan Bangladesh. Dalam bahasa Inggeris ia dinamakanĀ  Balsam Apple.

Bentuknya seperti labu kecil, dan dipetik ketika muda. Barelaa yang tua akan menghasilkan biji hitam. Sebagai sayuran ia dimasak hanya sebentar kerana ia mudah lembut.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan