BAHAN :

1kg daging ayam – potong 10 – lumur dengan sedikit garam & kunyit – perap seketika

2 batang serai – dititik

sedikit santan

minyak

asam keping

garam / gula

 

Bahan tumbuk / kisar:

5 ulas bawang putih

10 biji bawang merah

2 sudu makan ketumbar biji

1 sudu makan jintan manis

1 sudu teh jintan putih

3 cm kunyit hidup

3cm halia

15 biji cili padi

 

Cara:

Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.

Masukkan serai dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.

Tambahkan santan, garam, gula & asam keping.
Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.