Bahan-bahan

500 gram kerang

2 inci halia (diketuk)

1 batang serai (diketuk)

2 biji bawang merah (dihiris halus)

1 biji cili merah

Sedikit air

 

Pencecah Asam Limau

3 biji limau kasturi

½ biji tomato

½ biji cili merah

½ biji cili hijau

¼ biji bawang besar

 

Cara-cara

Cuci kerang hingga bersih

Rebus kerang dengan sedikit air. Kemudian masukkan halia, serai, bawang merah dan cili merah.

Rebus sehingga masak.

Bagi menyediakan sambal liamu, potong tomato, cili merah, cili hijau, dan bawang besar dan kemudian satukan dalam bekas. Perah limau ke atas bahan-bahan yang dipotong tadi.

Hidangkan kerang rebus bersama sambal limau.