AYAM PERCIK WARISAN BONDA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam

½ kg santan pekat

½ sudu kecil biji halba

1 keping asam gelugur

Garam dan gula

Air secukupnya

Minyak secukupnya

 

BAHAN KISAR

5 tangkai cili kering

5 tangkai cili padi

6 ulas bawang kecil

2 ulas bawang putih

1 batang serai

1 sudu besar halia

½ sudu besar lengkuas

1 sudu kecil kunyit

3 ulas buah keras

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Ayam dibersihkan. Tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
  2. Masukkan halba, asam gelugur dan santan. Masukkan sedikit air, gula dan garam. Biarkan mendidih sekejap.
  3. Masukkan ayam dan masak hingga separuh masak. Keluarkan ayam tadi dan dibakar sehingga masak.
  4. Didihkan kuah hingga menjadi pekat. Curahkan kuah di atas ayam.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan