BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam
1 biji mangga muda -mayang kasar
1 biji epal hijau -mayang kasar
1 kuntum bunga kantan -mayang halus
¼ biji ladabenggala – merah, hijau, kuning -potong panjang
100 gm suhun-rendam hingga lembut
2 labu bawang besar -potong baji
¼ cawan air limau nipis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
BAHAN HIRIS
6 tangkai cili padi
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun pudina
CARA MENYEDIAKAN:
- Ayam dibersihkan. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
- Ayam dibakar dengan suhu 180 darjah sehingga masak.
- Campurkan semua bahan dan digaul rata.
- Apabila ayam sudah masak, taburkan bahan yang digaul tadi dan dihiaskan.