AYAM GOLEK HITAM MANIS

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam

6 ulas bawang kecil -cincang

2 labu bawang besar -potong dadu

3 ulas bawang putih -cincang

4 cmhalia –hiris halus

2 sudu besar cili boh

½ cawan kicap pekat

¼ cawan kicap cair

½ cawan sos tiram

1 cawan sos tomato

1 cawan sos cili

¼ biji lada benggala warna hijau, merah , kuning -potong panjang

Sedikit daun bawang

Gula dan garam

Air secukupnya

Minyak secukupnya

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Ayam dibersihkan. Perapkan dengan sedikit kicap cair dan kicap pekat selama sejam.
  2. Goreng ayam sehingga masak dengan api yang sederhana.
  3. Tumiskan bawang kecil, bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik baunya. Masukkan cili boh. Tumis sehingga garing.
  4. Masukkan kicap pekat, kicap cair, sos tiram, sos cili, sos tomato, sedikit air, gula dan garam.
  5. Biarkan mendidih, masukkan semua lada benggala dan daun bawang.Kacau rata hingga kuah menjadi pekat dan angkat.
  6. Curahkan kuah di atas ayam.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan