MANISAN PALING MAHAL DI DUNIA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn
  1. Coklat yang dibuat oleh Noka merupakan manisan bercoklat tersedap dan terbaik dunia. Kokonya diimport dari Venezuela dan Ecuador dan dijual RM2,550 untuk satu paun.

2. Kek Sultan Golden pernah dihidangkan di istana Ciragan, Istanbul, dan harganya sekitar RM3000. Kek yang mengambil masa 72 jam untuk menyiapkannya dihiasi dengan buah fig, aprikot dan pir. Di atasnya pula dihiasi karamel dan dedaun bersalut emas.

3. Sebuah kedai menjual coklat di Connecticut, Amerika Syarikat pernah menjual sebiji coklat dengan harga RM750 dan RM15,000 untuk satu kilogram. Pemilik kedai, FritzKnipschildt hanya membuat coklat ini jika ada tempahan.

4. Paf meringue yang diperbuat daripada putih telur ini dijual pada harga RM21,000 satu kilogram. Ia dijual di sebuah kedai, MacaroonsHuateCouture yang dimiliki PierreHerma dan dia memiliki dua kedai, Tokyo dan Paris.

5. Sebuah hotel di Sri Lanka mengenakan harga RM42,000 untuk sepiring manisan yang dinamakan Fortress Stilt Fisherman Indulgence.

6. Walaupun tidak dibuat dalam skala yang besar, kek platinum ini bernilai RM390,000 dan diperbuat oleh chef pastri Jepun Nobue Ikara.

Teks : Noor Joha Ahmad

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan