AYAM GOLEK MERAH MAZTAMI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam

4 labu bawang besar – hiris

5 ulas bawang putih – hiris

5 cm halia – hiris panjang

6 tangkai cili merah – tumbuk

1 cawan sos tomato

1 cawan sos cili

½ cawan sos cili siam

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar sos plum

½ cawan sayur campuran

Sedikit daun sup dan daun bawang

Sedikit serbuk kunyit

Garam dan gula

Air secukupnya

Minyak secukupnya

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Ayam dibersihkan, gaul dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng sehingga masak dengan api yang sederhana. Ketepikan.
  3. Tumiskan semua bahan hiris sehingga naik baunya.
  4. Masukkan cili merah dan goreng hingga naik minyak. Masukkan sedikit air, semua sos, gula dan garam.
  5. Biarkan mendidih sekejap. Masukkan sayur campuran. Didihkan kuah hingga pekat, masukkan daun sup dan bawang dan angkat.
  6. Curahkan kuah di atas ayam.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan