BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam
3 labu bawang besar – hiris
5 ulas bawang putih – hiris
6 cmhalia muda – hiris halus
3 sudu besar rempah kari daging
3 tangkai daun kari
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar biji sawi
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu sos tomato
½ cawan gajus
¼ cawan kismis
¼cawan badam cincang
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula
Air secukupnya
Minyak secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
- Ayam dibersihkan, digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
- Goreng sehingga masak dengan api yang sederhana. Ketepikan.
- Tumiskan semua bahan hiris sehingga naik bau. Masukkan serbuk cili, rempah kari, daun kari, jintan manis, jintan putih dan biji sawi.Tumis sehingga garing.
- Masukkan sedikit air, sos tomato, gula dan garam. Biarkan mendidih sehingga kuah pekat. Angkat.
- Curahkan kuah di atas ayam yang sudah digoreng tadi dan dihiaskan.