BAHAN-BAHAN
300 gm ubi kentang – buang kulit dan kukus
360 gm tepung pulut
150 gm gula kastor
100 gm tepung gandum
300 ml air
1 sudu kecil garam
Hiasan : bijan dan inti kacang merah
CARA MENYEDIAKAN
1. Ubi kentang dilecek ketika panas.
2. Masukkan kesemua bahan lain dan uli hingga sebati.
3. Ambil adunan seberat 30 gm dan isikan inti kacang merah. Bulat-bulatkan dan golekkan dengan bijan.
4. Goreng dengan api yang sederhana.