BAHAN A:
1/2 ekor ayam
1 cawan santan
3 keping asam gelugor
1 batang serai – ketuk
Garam dan gula secukup rasa
Minyak
BAHAN KISAR
2 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
5 batang serai
3 cm halia
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan semua bahan kisar di dalam kuali dan tumis sehingga pecah minyak.
- Tuangkan santan, asam gelugur, gula, garam dan serai ketuk. Kacau rata sehingga pekat dan pecah minyak. Ketepikan.
- Ayam dibakar. Biarkan sehingga separuh masak dan percikkan kuah sewaktu ayam dibakar.