AYAM MASAK UNGKEP

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A:

6  ketul ayam

3  sudu kecil serbuk ketumbar

1 sudu kecil jintan putih

1  cawan air

3 keping asam gelugor

5 sudu besar minyak masak

2 batang serai – ketuk

Garam dan gula

 

BAHAN KISAR:

1 cm halia

1 cm kunyit hidup

1 labu bawang besar

4 ulas bawang putih

 

BAHAN C:

2 cm kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan minyak, tumis serai dan bahan  kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan bahan C, kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam kacau sampai rata.
  4. Masukkan air, garam, gula dan asam gelugor. Sedia dihidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan