BAHAN A
10 ketul ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan kacang pis
5 sudu besar minyak masak
Gula dan garam secakup rasa
BAHAN B
6 cm lengkuas
Rempah empat sekawan
7 ulas bawang putih-hiris
9 ulas bawang merah-hiris
6 cm halia-hiris
1 helai daun pandan
2 batang serai
BAHAN C
½ cawan puri tomato
½ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
CARA MENYEDIAKAN:
- Bersihkan ayam dan gaul dengan serbuk kunyit kemudian goreng. Ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis bahan B sehingga bawangnya garing.
- Masakkan puri tomato, cili sos dan sos tomato.
- Masukkan ayam kacau sehingga rata. Letakkan gula dan garam.
- Apabila kuah pekat masukkan dengan kacang pis..