AYAM MADU TIGA MASAM MANIS

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

1 kg ayam

5 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

1/2 cm halia

3 sudu besar cili kisar

3 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tomato

2  helai daun bawang

2  batang kayu manis

3 kuntum bunga cengkih

3  sudu besar  madu

1  sudu kecil garam

4  sudu kecil  gula

2 helai daun pandan

2 labu bawang Holland

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar.
  2. Kemudian tumis hingga naik bau. Masuk kayu manis, bunga cengkih dan daun pandan.
  3. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato dan madu.
  4. Biarkan mendidih seketika,  baru masukan ayam, garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali, masukkan bawang Holland dan daun bawang. Kacau rata dan hidangkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan