BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam ( potong 12 )
1 cm halia
8 ulas bawang merah
3 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah ( jika tiada cili merah boleh diganti dengan cili kering )
5 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil belacan
½ cawan kismis hitam
½ cawan bawang goreng
1 ½ cawan santan / krim
2 tangkai cili hijau ( dibelah tengah )
1 biji buah tomato
1 genggam daun pudina
3 helai daun pandan ( diikat )
2 batang serai ( dititik )
1 biji perahan limau nipis
150-200 gm mentega / marjerin / minyak masak
Gula dan garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan minyak / mentega / marjerin masukkan bahan yang dikisar- iaitu halia, bawang merah, bawang besar, bawang putih, belacan dan cili merah juga masukkan serai dan daun pandan pastikan sehingga wangi.
- Kemudian masukkan rempah kari dan serbuk kunyit kacau sehingga hampir garing, masukkan ayam dan kacau rata. Kecilkan api biar ia mereneh sebentar.
- Apabila agak kering, masukkan santan atau krim, buah tomato, kismis ,bawang goreng, masak sehingga ayam empuk. Kemudian masukkan pula cili hijau dan daun pudina masak lagi 5 minit.
- Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali, perahan limau nipis. Siap dihidangkan sesuai untuk dimakan dengan nasi putih, nasi miyak , bariani dan sebagainya.
- Jika anda suka masakan kuzi ini lebih berkuah , boleh tambahakan satu cawan air ketika mereneh. Selamat mencuba.
TIP CHEF: Rempah bukhari , bariani, kurma boleh digunakan dengan menggantikan rempah kari daging .