BAHAN-BAHAN:
10 ketul ayam
10 biji buah keluak
Air secukupnya
2 biji tomato
1 sudu besar asam jawa
Garam dan gula
Minyak
BAHAN KISAR
8 ulas bawang merah
2 batang serai
300 gm buah keras
3 ulas bawang putih
3 cm lengkuas
3 cm kunyit
CARA MENYEDIAKAN:
- Mula-mula basuh buah keluak, bersihkan kulitnya. Rendam selama 4 hari (tukar air setiap hari. Kemudian toskan. Ketuk perlahan bahagian licin pada buah keluak tadi, kopek dan korek keluar isinya dengan sudu kecil. Ketepikan kelongsongnya.
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam, gaul rata dan biarkan seketika. Tambah air asam jawa (jangan masukkan habis). Kacau rata dan biar mendidih.
- Masukkan buah keluak dan sedikit air. Kacau rata dan masak dengan api sederhana selama 15 minit.
- Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau perlahan. Masak sekejap dan rasa masam dan masinnya.