AYAM BAKAR YOGURT

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN KISAR
3 batang serai
5 cm lengkuas
1 cawan yogurt tanpa perisa
Gula dan garam
1 labu bawang besar

BAHAN B
6 ketul paha ayam

CARA MENYEDIAKAN
1. Satukan semua bahan kisar dan kisar lumat.
2. Perapkan dengan ayam semalaman.
3. Keesokannya letakkan di atas kuali tahan lekat.
4. Balik-balikkan dan biarkan isi ayam kelihatan separuh masak. Proses ini memakan masa hanya 5 minit.
5. Kemudian satukan semua dengan bahan perap dan bakar sehingga garing. Warna ayam agak pucat sebab tiada penggunaan cili.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan