BAHAN ASAM PEDAS

½ cawan cili kering kisar

6 ulas bawang putih – tumbuk

8 ulas bawang merah – tumbuk

3 cm belacan – tumbuk

5 cm kunyit hidup – tumbuk

1 cawan air asam jawa cair

Gula dan garam

Minyak

Hirisan bunga kantan

3 keping daun limau purut

 

BAHAN B

½ ekor ayam – belah dua

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Seperti biasa, kita panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan gaul sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan garam dan gula.
  3. Tuangkan air asam jawa dan masukkan daun limau purut dan hirisan bunga kantan.
  4. Biarkan mendidih selama setengah jam.
  5. Kuah asam pedas dibiarkan sejuk dan masukkan ayam. Perap semalaman.
  6. Renehkan ayam dan kuah dalam kuali sehingga kuahnya separuh kering, dan kemudian bakar. Rasa asam pedas akan lebih terasa jika direnehkan sebelum dibakar.