BAHAN
1 kg ikan jenahak – potong keping
1 liter air
200 ml air asam jawa
1 batang rebung madu – potong kecil
150 gm gula kabung
6 tangkai daun kesum
6 tangkai daun selasih
Sedikit sos ikan
Garam dan lada putih
BAHAN KISAR
15 tangkai cili kering
9 tangkai cili padi
2 biji bawang besar
10 ulas bawang merah
9 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
1 sudu kecil belacan
CARA
1. Masukkan air ke dalam periuk, lalu panaskan sehingga mendidih. Masukkan ke semua bahan kisar dan kacau hingga sebati.
2. Kemudian masukkan air asam jawa, rebung madu dan gula kabung. Kacau sebati.
3. Setelah sebati, masukkan pula ikan jenahak dan biarkan mendidih.
4. Akhir sekali, masukkan daun kesum, daun selasih, sos ikan, garam dan lada putih secukup rasa. Kacau seketika sehingga ikan masak dan sedia untuk dihidangkan.