BAHAN A
300 gm isi ayam – hiris panjang dan nipis
BAHAN KISAR
1 cawan santan
3 biji buah keras
4 cm lengkuas
½ labu bawang besar
5 tangkai cili padi merah
1 batang serai
Gula dan garam
CARA MENYEDIAKAN
1. Satukan bahan kisar dan kisar lumat.
2. Satukan dengan isi ayam dan biarkan selama empat jam.
3. Bungkus dalam daun pisang ataupun kepingan aluminium, bakar sehingga masak.
4. Ayam bakar jenis ini tidak perlu garing kerana ia menggunakan isi ayam.