ASAM PEDAS KERISIK DAUN KUNYIT

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

5 ekor ikan kembung

1 labu bawang besar – hiris

3 ulas bawang putih – hiris

2 batang serai – titik

1 cawan cili kering – kisar

4 cm kunyit hidup – kisar

4 cm halia – kisar

1 sudu kecil pes asam jawa

1/2 sudu kecil belacan

2 sudu kerisik

1 helai daun kunyit

Sedikit minyak masak

Sedikit garam dan gula

 

CARA

  1. Tumis bawang putih, bawang besar, serai hingga garing.
  2. Kemudian masukkan cili kering, kunyit dan halia yang telah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan pes asam jawa, belacan dan ikan kembung.
  4. Apabila sudah sebati masaknya, masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  5. Taburkan hirisan daun kunyit.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan