BAHAN
2 ekor ikan kembung
5 ulas bawang merah
3 sudu besar kelapa parut
Sedikit garam
Sedikit lada putih
3 tangkai daun ketumbar atau daun bawang – hiris
1 biji telur
CARA
- Ikan kembung dibelah bahagian atas badan.
- Keluarkan isi ikan dan buang tulangnya.
- Tumbuk isi ikan dengan bawang merah dan kelapa parut.
- Letakkan sedikit garam, lada putih dan hirisan daun ketumbar atau jika suka daun bawang.
- Sumbatkan kembali bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam badan ikan.
- Celup ikan dalam telur, kemudian goreng sehingga masak.