Asam Pedas Ikan Salmon

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

2 keping ikan salmon

600 ml air

2 sudu kecil pati asam jawa – bancuh dengan 1/2 cawan air

2 biji tomato – belah dua

7 batang kacang bendi

2 batang serai – dititik

5 tangkai pokok kesum

1 kuntum bunga kantan – belah dua

1 sudu kecil lada putih – ditumbuk

Garam dan gula secukup rasa

1/2 cawan minyak untuk menumis

 

BAHAN KISAR

20 tangkai cili kering

3 ulas bawang putih

7 biji bawang merah

2 cm belacan

2 cm kunyit hidup

2 cm halia

 

CARA

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api sederhana.
  2. Masukkan serai dan bancuhan pati asam jawa. Gaul sebati.
  3. Masukkan air dan biar mendidih selama 10 minit atau lebih.
  4. Masukkan daun kesum dan bunga kantan serta ikan salmon. Tambahkan lada putih tumbuk.
  5. Masak ikan salmon di antara 5 hingga 7 minit dan kemudian masukkan kacang bendi dan biarkan seketika sehingga kacang bendi berubah warna.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sedia dinikmati

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan