BAHAN A

200 gram tepung hong kong

350 gram mentega tulen

350 gram susu pekat manis

50 gram gula kastor

20 gram ovallete

20 biji putih telur

200 gram blueberry fruit filling

200 gram strawberry filling

200 gram oren fruit filling

200 gram lemon fruit filling

Loyang berukuran 8 X 8 X 3, yang telah dialas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya.

 

 

CARA

  1. Pukul mentega bersama gula kastor dan ovallete dengan kelajuan tinggi sehingga kembang. Masukkan putih telur dan pukul lagi hingga sebati.
  2. Perlahankan mixer, dan tambahkan susu pekat manis diikuti dengan tepung hong kong.
  3. Setelah adunan sebati, bahagikan kepada empat bahagian dan tambahkan setiap bahagian dengan satu jenis fruit filling.
  4. Ambil dua senduk adunan blueberry fruit filling dan ratakan di atas loyang kek. Bakar menggunakan api atas dengan suhu 200c selama 10 minit .
  5. Keluarkan loyang kek dan tekan dengan sterika kek. Lakukan begini pada setiap lapisan kek supaya kek tidak menggelembung.
  6. Setelah habis adunan blueberry fruit filling, teruskan dengan adunan strawberry filling hingga selesai, dan diikuti dengan adunan lemon fruit filling. Akhiri lapisan kek dengan adunan lemon fruit filling.
  7. Setelah selesai membakar lapisan terakhir, ubah api di bahagian bawah menggunakan suhu 140c dan bakar lagi di antara 12 hingga 15 minit supaya masak keseluruhan kek.