BAHAN :
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas – saiz sederhana
3/4 cawan minyak masak
4 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3/4 cawan gula pasir
Secubit garam
CARA :
- Ayak tepung gandum dengan serbuk penaik dan ketepikan.
- Pisang dilecek halus dan gaul dengan soda bikarbonat dan garam.
- Pukul telur bersama gula, masukkan minyak masak, pisang lecek dan gaul rata.
- Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul lagi hingga sebati dan tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan minyak. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.
PESAN SAJI: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebiih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.