BAHAN-BAHAN
7 biji telur ayam
15 tangkai cili kering – kisar
5 ulas bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 sudu besar rempah kari daging
10 keping asam keping
3 biji limau nipis (ambil jusnya)
Garam dan gula secukupnya
Rempah 5 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
Bawang goreng
CARA MENYEDIAKAN
1.Rebus telur bersama asam keping dan garam.
2.Tumis rempah 5 sekawan hingga naik bau dan masukkan bahan kisar. Kemudian masukkan rempah, gula dan garam.
3.Masukkan perahan limau nipis dan sedikit air. Kemudian masukkan telur yang dikupas kulit . Gaulkan sebati.
