IKAN TAUCU AWE

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

3 ekor ikan gelama

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

4 cm halia

1 tangkai cili merah

1 tangkai cili hijau

1 sudu besar taucu

Sedikit kicap manis

Air asam jawa

3 tangkai cili padi – tumbuk

2 ulas bawang kecil – tumbuk

1 ulas bawang putih – tumbuk

Garam dan gula

 

CARA MENYEDIAKAN

1. Ikan digoreng garing.

2. Tumiskan bahan tumbuk dan biarkan naik bau.

3. Kemudian masukkan bawang besar diikuti taucu, air asam jawa.

4.Tambah air secukupnya dan akhir sekali taburkan kuah taucu diatas ikan goreng tersebut.

PESAN SAJI: Ada taucu yang agak masin. Bagi mengelakkan rasa masin, cuci taucu dengan cara toskannya dengan tapis.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan