BAHAN-BAHAN
1 keping mi siput – celur dan toskan
1 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih – hiris
1 ulas bawang merah – hiris
1 sudu besar cili sos
1 sudu besar tomato sos
1 sudu besar kicap
Udang
1 biji telur rebus
Sayuran campuran
Daun sup
Daun bawang
Minyak
Garam
CARA MENYEDIAKAN
1. Tumis bawang hingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar.
2. Setelah garing masukkan cili sos, tomato sos, kicap dan udang.
3. Masukkan mi, sayuran campuran dan digaulkan rata.
4. Taburkan daun bawang dan telur rebus di atas mi tersebut.