BAHAN-BAHAN
250 gm mentega
180 gm gula kastor
250 gm tepung
4 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
2 paket serbuk teh tarik 3 dalam 1 |cairkan dengan 100 ml air

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160° Sapukan acuan kek bulat bersaiz 8″ dengan sedikit mentega.
  2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul hingga kembang.
  3. Seterusnya, masukkan teh tarik diselang seli dengan tepung dan serbuk penaik. Pukul hingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak.