BAHAN-BAHAN
4 biji telur – asingkan
2 sudu besar perahan lemon
2 sudu besar serbuk buah pelaga
½ cawan gula – bahagi dua bahagian ( ¼ cawan setiap satu)
1 ½ cawan serbuk badam halus
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil cuka
Secubit garam
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan ketuhar pada suhu 175 °C. Lapiskan kertas minyak pada dasar acuan jenis springform bersaiz 9 inci. Sapukannya serta keliling acuan dengan sedikit mentega.
- Dalam mangkuk pengadun, pukul kuning telur bersama, perahan lemon, dan ¼ cawan gula sehingga gula hancur.
- Dalam mangkuk lain, satukan serbuk badam, serbuk buah pelaga dan serbuk penaik. Masukkan campuran ini ke dalam adunan telur dan pukul hingga kembang. Ketepikan.
- Dengan pengadun eletrik, pukul putih telur bermula dengan kelajuan minima dan perlahan-lahan tingkatkan kelajuannya. Apabila buih mula kelihatan, masukkan secubit garam dan cuka.
- Dan apabila adunan mula bewarna putih, taburkan ¼ cawan gula lagi sedikit demi sedikit dan putar hingga soft peak.
- Masukkan adunan putih telur ini ke dalam adunan satu lagi sedikit demi sedikit. Kaup balikkan perlahan-lahan.
- Masukkan ke dalam acuan springform dan bakar dalam ketuhar selama 35 minit hingga masak.
PESAN SAJI
Untuk langkah 4, pastikan pengadun eletrik (mangkuk adunan dan pemutar) yang digunakan benar-benar kering dan bersih.
