Lewat hari ini, bermacam vitamin dan supplement dijual yang mempromosikan tentang kecerdasan otak. Tidak kira ianya untuk kanak-kanak, untuk dewasa juga orang tua, malah turut dijual supplement kecerdasan minda ini untuk anak dalam kandungan. Ianya tetap laris dan mendapat perhatian hebat dalam kalangan masyarakat. Akan tetapi, ramai lagi yang masih tidak mengetahui tentang kecerdasan otak itu boleh didapati dari makanan harian kita. Ayuh! SAJI belanja antara makanan yang mempunyai khasiat yang bagus dari segi kesan kepada kecerdasan otak:
SADERI
- Kaya dengan luteolin iaitu sebatian tumbuhan yang boleh menenangkan keradangan di dalam otak manusia.
- Sumber terbaik choline. Pengambilan choline semasa mengandung boleh meningkatkan fungsi kognitif, meningkatkan daya ingatan. Selain itu mengurangkan penurunan memori kelemahan otak.
WALNUT
- Sumber terbaik berasaskan tumbuhan omega-3 lemak, phytosterols semulajadi dan antioksidan. DHA khususnya adalah sejenis omega-3 lemak yang boleh meningkatkan fungsi otak dan menggalakkan penyembuhan otak.
IKAN SALMON
- Mengandungi asid lemak Omega 3, baik untuk otak dan meningkatkan fungsi otak pada orang dewasa usia produktif.
KACANG GARBANZO
- Satu sumber makanan terbaik yang mempunyai magnesium. Magnesium berfungsi untuk mempercepatkan penghantaran pesanan ke reseptor sel otak dan menenangkan saluran darah yang membolehkan aliran darah lebih baik pada otak.
DAGING MERAH
- Daging merah seperti daging lembu adalah sumber terbaik vitamin B12 yang penting untuk otak berfungsi secara sihat. Mereka yang kekurangan vitamin B12, mempunyai otak yang lebih kecil serta boleh menyebabkan pengecutan otak.