MAKARONI SARDIN BERAPI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN:

250 gm makaroni – rebus sehingga lembut

1 tin sardin

3 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah

5 tangkai cili padi merah

5 tangkai cili padi hijau

1 biji tomato – dipotong dadu

Garam secukup rasa

Sedikit minyak masak

 

CARA:

  1. Bawang merah, bawang putih dan cili padi merah ditumbuk kasar.
  2. Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan sardin dan sosnya sekali. Hancurkan isi sardin dan gaulkan bersama bahan tumisan tadi.
  4. Kemudian masukkan tomato yang dipotong dadu, garam dan cili padi hijau yg dihiris. Kacau dan biarkan selama 5 minit.  Masukkan makaroni dan gaul rata.

 

RESIPI:

FAUZIAH ABD GHAFFAR (http://gee-hut.blogspot.com)

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan