PISTASIO, BADAM DAN WALNUT
Jika tekanan berlaku, ambil segenggam badam yang kaya dengan vitamin E, antioksidan yang boleh merangsang sistem imunisasi. Begitu juga dengan badam dan pistasio yang boleh meredakan degupan jantung anda bila berlaku perkara yang menegangkan fikiran. Selain dimakan begitu sahaja, anda boleh mencampurkannya dalam salad. Kekacang ini boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan tekanan.
AVOKADO
Buah yang kaya dengan lemak tepu dan potasium ini bertindak menurunkan tekanan darah. Hanya dengan separuh avokado yang dimakan mentah, atau dicampurkan dalam salad, dijadikan jus, ia boleh menandingi khasiat potasium yang terdapat dalam sebiji pisang.
SUSU SEGAR
Panaskan susu segar dan anda boleh menikmatinya secara suam dapat meredakan insomnia dan merehatkan minda. Susu dapat meredakan tegangan otot dan tekanan dan ia dibuktikan oleh Dr. Mary Dallman, seorang profesor psikologi dari Universiti California.
OAT
Kandungan karbohidrat yang banyak dalam oat boleh menghasilkan serotonin dalam otak, dan pada masa yang sama otak akan merembeskan kimia boleh menenangkan diri anda. Lebih banyak karbohidrat yang diserap oleh tubuh, serotonin akan mengalir secara perlahan dan ia akan membuatkan anda mengantuk. Bagi menggelakkan anda menjadi mengantuk, sebaiknya oat yang dimakan dicampurkan dengan sedikit jem kerana ada kandungan gula yang dapat membantu melancarkan rembesan serotonin bagi menghalang anda tertidur.
OREN
Kandungan vitamin C dalam oren dapat membantu hormon tekanan dan tekanan darah menurun dan membuatkan diri anda lebih tenang. Ujian terhadap 120 orang yang dilakukan oleh sebuah penyelidik di Jerman dapat membuktikan vitamin C dapat membantu mereka dalam tugasan berceramah di depan umum dengan lebih tenang.
SALMON
Omega -3 dalam salmon boleh mengurangkan adrenalin dalam tubuh. Sebaiknya anda makan ikan yang kaya dengan omega-3 ini kerana asid lemak dapat melindungi jantung anda. Jika anda tidak suka makan ikan, sumber khasiat itu boleh didapati daripada telur, yogurt, susu dan soya.
Magnesium yang terkandung dalam bayam boleh mengurangkan tahap tekanan dalam tubuh. Kekurangan magnesium dalam tubuh boleh membuatkan anda diserang migrain.