Percaya Atau Tidak?

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn
  1. Warna ungu pada kulit jering di sebelah dalam, diproses untuk membuat pencelup kain.
  2. Batang pokok langsat kini dikomersialkan untuk membuat tiang rumah atau ulu parang. Kulitnya dikeringkan kemudian dibakar untuk menghalau nyamuk.
  3. Kulit kayu rambai jika dicampur dengan kayu sepang dan akar senduduk akan mengeluarkan warna merah dan sesuai untuk mewarnakan kain batik. Batangnya boleh juga digunakan sebagai tiang rumah, tetapi berkualiti rendah.
  4. Daun pisang muda boleh digunakan untuk mengilatkan lantai rumah. Serabut batang pokoknya, dibuat tali dan kain. Batang pokok pula dicincang halus dan direbus untuk dijadikan makanan haiwan.
  5. Batang pokok mangga yang matang, digunakan untuk menghasilkan kayu arang berkualiti tinggi. Dahannya pula, digunakan dalam kaedah pembiakan cendawan.
  6. Biji durian belanda dihancurkan untuk membunuh serangga dan menuba ikan. Minyak daripada bijinya digunakan untuk membunuh kutu rambut tetapi jika terkena mata terasa amat pedih.
  7. Serabut dari daun nanas dibuat kain yang berkualiti di Filipina dan Taipei.
  8. Minyak yang diperah daripada biji pulasan, boleh digunakan untuk nyalakan pelita.
  9. Kulit buah delima boleh dibuat dakwat, mewarnakan kain dan mewarnakan gigi yang hitam.
  10. Buah belimbing hijau daripada jenis masam digunakan sebagai bahan pencuci kotoran terutamanya perkakas logam.

 

 

 

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan