FOTO : ROHAIDA ZULKIFLI
Kesibukan kerja dan kesesakan lalu lintas seringkali menyebabkan urusan sambutan kelahiran atau majlis penting tertangguh. Semuanya gara-gara tiada masa ke bakeri dan sudah tentunya proses pemilihan kek yang sesuai dengan citarasa memakan masa yang lama, itu belum tiba bab mencari parkir kereta. Sungguh menyesakkan.
Dan kini EAT CAKE TODAY mampu menyelesaikan permasalahan dengan menawarkan pelbagai pilihan dan kemudahan untuk menikmati kek hanya dengan petikan jari.
EAT CAKE TODAY merupakan portal pesanan dan penghantaran kek pertama dalam talian di Malaysia yang menghimpunkan ramai pengusaha kecil-kecilan dan pembuat kek dari rumah sehingga ke bakeri terkemuka untuk membuat dan menghantar kek kegemaran sehingga ke muka pintu.
Menurut Encik BC Ang, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Eat Cake Today, portal ini menawarkan lebih 400 pilihan kek yang lazat dan berkualiti menerusi telefon pintar untuk memudahkan dan menyelaras keseluruhan proses pesanan kek bagi memastikan pelanggan menerima pesanan tepat pada masanya.
Eat Cake Today menghimpunkan 40 pembuat kek termasuk nama terkenal seperti Baker’s Art, Cat & The Fiddle, Ennoble, Huckleberry, Little Tee Cakes, Tedboy dan ramai lagi. Panel pembuat kek dipilih berdasarkan hasil tinjauan selidik pasaran.
Istimewanya, portal ini tersedia untuk mengaturkan penghantaran pada hari yang sama, dengan menjanjikan penghantaran segera dalam masa 4 jam. Buat masa ini, penghantaran adalah di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dengan caj penghantaran RM10.00, manakala penghantaran ke luar kawasan seperti Shah Alam, Klang, Bukit Jalil, Kajang dan Rawang dikenakan caj tambahan.
Pesanan boleh dibuat menerusi laman web www.eatcaketoday.com atau menerusi telefon 017-8800153 dari Isnin hingga Sabtu antara 9.00 pagi sehingga 8.00 malam. Manakala untuk Ahad dan cuti umum daripada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Untuk pembaca, promosi khas diadakan untuk mendapatkan rebat sebanyak RM10.00 untuk pembelian kek. Tawaran ini adalah untuk pembelian dalam talian www.eatcaketoday.com dan boleh ditebus dengan memasukkan kod promosi ‘EATCAKETODAY10”. Perkhidmatan penghantaran hanya di sekitar Lembah Klang sahaja. Tempoh promosi berakhir pada 31 Oktober 2018.
Jom layan beberapa kek popular pilihan pelanggan.