BAHAN-BAHAN
200gm asparagus – dipotong sepanjang 1 inci
BAHAN SOS
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub ayam dilarutkan dengan 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil minyak bijan
BAHAN TUMIS
2 ulas bawang putih – cincang
3 cm halia – cincang
1 tangkai cili merah – hiris nipis
1/2 biji lada benggala hijau/kuning – hiris kepada kepingan saiz yang sama
Bahan D (disalut dengan tepung jagung dan goreng)
50 gm isi ayam – potong nipis
1 kiub tofu telur – potong sepanjang 3 cm
Tepung jagung secukupnya
CARA :
- Campurkan semua bahan B di dalam sebuah mangkuk dan ketepikan seketika.
- Sementara itu golekkan isi ayam dan tofu telur di dalam tepung jagung dan goreng sebentar. Angkat dan ketepikan seketika.
- Di dalam kuali lain masukkan sedikit minyak, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan juga bahan-bahan C yang lain.
- Masukkan pula asparagus dan bahan (B) sos serta kacau rata. Bila sudah sebati dan asparagus lembut sedikit masukkan tofu telur dan isi ayam yang telah digoreng tadi.
- Pekatkan kuah dengan memasukkan satu sudu besar tepung jagung yang dilarutkan dengan 1/4 cawan air sambil di kacau seketika.
- Bila sayur telah masak bolehlah dihidangkan segera dengan nasi panas.