BAHAN-BAHAN
300 gm kacang panjang
1 sudu besar sambal belacan – atau tumbuk 1 tangkai cili merah dengan 1 sudu kecil belacan
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil lada sulah
1/4 cawan air
5 ekor udang saiz sederhana
1 biji telur masin – direbus dan belah dua (1 bahagian dicincang dan satu bahagian lagi dipotong baji)
BAHAN TUMIS
2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih – hiris
3 ulas bawang merah – hiris
1/2 tangkai cili besar – hiris
BAHAN SOS
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar sos sotong
CARA :
- Tumis bawang merah, bawang putih dan cili besar hingga harum dan keperangan.
- Masukkan pula kacang panjang dan dan udang sambil di kacau dan masukkan juga air. Masak sehingga kacang lembut sedikit.
- Seterusnya masukkan bahan sos, lada sulah dan gula sambil di kacau. Jika kuah agak pekat, bolehlah dimasukkan sedikit air lagi. Masukkan juga satu sudu besar sambal belacan.
- Masukkan pula sebahagian telur masin yang di hancurkan dan kacau rata serta matikan api dapur.
- Hidangkan sayur yang telah masak dengan menabur sebahagian lagi telur masin yang dipotong.