BAHAN-BAHAN
3 keping isi ikan
3 biji kentang – potong empat
Air secukupnya
BAHAN TUMIS
3 cm halia – hiris
3 ulas bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
4 tangkai cili padi – belah
Sedikit minyak
BAHAN SOS
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos sotong/ikan
Garam secukup rasa
BAHAN A
Daun bawang
Daun sup
Jus limau ( jika suka sup masam)
CARA :
- Tumis halia, bawang putih, cili padi dan bawang merah hingga wangi.
- Kemudian masukkan air dan reneh sehingga mendidih.
- Masukkan pula kentang dan masak sehingga kentang agak empuk.
- Masukkan isi ikan satu persatu ke dalam kuah sup dan setelah mendidih masukkan sos tiram, sos sotong/ikan, lada sulah dan garam.
- Sesuaikan rasanya. Jika suka sup masam boleh letak jus limau.
- Hidangkan dengan menabur daun bawang dan daun ketumbar.