BINGKA PISANG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A :

200 ml santan pekat

125 ml air

2 biji telur – gred A

3 biji pisang emas ranum (saiz sederhana)

80 gm gula pasir

2 sudu besar susu pekat

2 sudu besar minyak masak

1 sudu sudu kecil esen pisang

Secubit garam

1/2 sudu kecil pewarna kuning

 

BAHAN B

1 cawan tepung gandum

Bijan untuk taburan

 

CARA :

 

  1. Kisar semua bahan A hingga sebati.
  2. Tuang ke dalam mangkuk besar dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau agar tidak berketul.
  3. Sediakan loyang dan sapukan dengan minyak masak lalu dipanaskan sebentar.
  4. Keluarkan loyang tersebut dan tuang adunan kedalamnya serta taburkan bijan secukupnya. Bakar di dalam ketuhar selama satu  jam atau hingga keperangan dengan suhu 160C hingga 170C.
  5. Setelah masak, biarkan sebentar di dalam ketuhar selama 10 minit. Selepas itu bolehlah dikeluarkan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan