BAHAN :
260 gm tepung gandum
240 gm gula
400 ml santan pekat
450 ml air
4 biji telur gred A – pukul ringan
2 sudu besar minyak masak
Sedikit bijan
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu kecilĀ esen vanila
250 gm isi durian – lecek
CARA :
- Satukan tepung, gula dan air serta di kacau kacau rata.
- Masukkan isi durian, santan pekat, telur, esen vanila, pewarna, garam dan kacau terus.
- Masukkan minyak masak dan kacau lagi.
- Panaskan loyang di dalam ketuhar dan sapu sedikit minyak.
- Keluarkan loyang dan tuang adunan tadi ke dalamnya. Taburkan dengan sedikit bijan.
- Bakar selama 30 hingga 40 minit atau hingga kekuningan dengan suhu 200 darjah celsius.