BAHAN-BAHAN:
1 pek tauhu lembut
1 sudu besar bawang cincang halus
3 ulas bawang putih cincang
BAHAN A:
100 gm ayam cincang
100 gm sawi jeruk – cincang
BAHAN B:
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil sos tiram
½ sudu kecil kicap pekat
½ sudu kecil gula
2 sudu besar minyak
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.
- Masukkan bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan ayam dan sawi jeruk. Kacau sehingga masak.
- Setelah itu, masukkan semua kicap dan sos tiram. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat, masak di atas api yang kecil.
- Kukus tauhu selama 10 minit.
- Kemudian angkat tauhu tadi, buangkan air yang berlebihan di dalam bekas dan letakkan di dalam pinggan. Curahkan sos yang telah dimasak tadi. Hiaskan dengan daun bawang.
