BAHAN:
4 keping tauhu – dipotong segitiga dan belah bahagian tengahnya
150 gm isi ayam – cincang
150 gm udang – cincang
1 batang lobak merah – dihiris
2 biji telur – dipukul hingga kembang
Sedikit serbuk lada sulah
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
CARA :
- Satukan isi ayam, udang, lobak merah, serbuk lada sulah garam dan gula. Gaul hingga sebati.
- Sumbatkan ke dalam tauhu hingga penuh. Buat berhati-hati supaya tauhu tidak pecah.
- Celup tauhu ke dalam telur dan goreng hingga garing.
- Sedap dinikmati bersama sos cili Thai.