Dessert….Sedapnya..
ArticlePasti ramai dalam kalangan pembaca yang suka membuat dessert di kala petang atau malam hari. Tetapi, pening memikirkan cara untuk menghidangkannya. Ini kerana cara mempersembahkan dessert itu di atas piring mempengaruhi keinginan untuk orang mencubanya. Di sini, SAJI kongsikan idea untuk menghidangkan dessert di atas piring seperti yang anda lihat di kaca tv. Kini, makan di rumah bersama yang tersayang tapi fefeling di restoran mewah bukan lagi fantasi. Selamat mencuba!
- PILIH PIRING WARNA PUTIH
Kebiasaannya dessert dihasilkan dengan pelbagai warna yang menarik. Jadi pilihlah piring berwarna putih untuk menghidangkan dessert. Piring putih tidak bersaing secara visual dengan makanan yang disajikan dan memberikan efek kontra, membuatkan warna makanan menjadi lebih cerah serta teksturnya lebih menarik. Oleh kerana itu, piring putih menjadi pilihan kebanyakan para cef berbagai restoran di seluruh dunia.

- HINDARI SKEMA WARNA SEKATA
Sepiring makanan kan terlihat menarik jika terdapat beberapa warna yang kontra di atasnya. Seperti contoh, semangkuk oatmeal perlu dihidangkan dengan memasukkan buah-buah seperti beri segar, siraman sirap maple kuning dan pelbagai lagi agar ianya menarik.

- PERHATIKAN TEKSTURNYA
Tekstur dan warna adalah dua perkara penting saat membicarakan tentang hidangan di atas piring. Jika makanan terlalu berminyak, terlalu kering, lembik, keras, atau liat ianya akan mencacatkan rupa makanan. Jadi memasaklah dengan baik agar apa yang ditonjolkan seiring dengan rasa.
- LAKUKAN EKSPERIMEN DENGAN BENTUK-BENTUK YANG MENARIK
Misalnya, memotong agar-agar gunakan acuan pelbagai bentuk menarik seperti bintang, atau love. Ianya akan lebih menarik berbanding potongan empat segi.

- HADKAN JUMLAH HIDANGAN
Isilah dua pertiga bahagian piring dengan makanan. Selebihnya harus kosong. Ruang yang kosong akan memberikan efek hingga makanan kelihatan menarik. Jika piring penuh, makanan itu sendiri tidak akan nampak menarik.
- IKUTI ATURAN JUMLAH GANJIL
Elemen hidangan dalam jumlah ganjil secara visual lebih menarik daripada jumlah genap. Misalnya ketika anda hidangkan pemanis mulut berasaskan udang, pastikan di atas pinggan 5 atau 7 ekor bukan 4 atau 6.
- SUSUN MENINGGI
Susunan meninggi sesebuah hidangan biasanya kita kan lihat di restoran-restoran mewah. Namun, tidak salah jika kita mengaplikasinya di rumah bagi menggembirakan hati yang tersayang. Susunan brownies atau kek dengan susunan meninggi menyilang juga lebih menarik berbanding di susun satu-satu di atas piring.

- GUNAKAN HIASAN MENAMBAH CITA RASA HIDANGAN
Jangan takut untuk mencuba. Sesekali kreatif dengan menggunakan hiasan seperti gula halus, tomato ceri, serbuk kayu manis, hirisan lemon, segenggam buah delima dan sebagainya pasti hidangan anda akan kelihatan lebih menarik. Namun begitu, gunakan hiasan itu mengikut kesesuaian hidangan, bukan ikut suka.

Archives
Calendar
| S | M | T | W | T | F | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | 31 | ||||
Categories
- Advertorial
- Arkib Saji
- Ayam & Daging
- Berita Saji
- Biskut & Kek
- Dunia Kulinari
- Hotel & Resort
- Info, Tip & Petua
- Kuih Muih
- Makanan Laut
- Mi & Pasta
- Minuman
- Pembuka Selera
- Pencuci Mulut
- Resipi Saji
- Restoran & Kafe
- Roti & Pastri
- Saji Singgah
- Saji Sukses
- Sambal
- Santai
- Sayuran
- Step By Step
- Telur
- Uncategorized
- Video