KARI UDANG BELIMBING BULUH

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Bahan

500 gm udang

5 biji cili besar

1 batang serai

3 tangkai daun kari

1 sudu besar serbuk ketumbar

1 sudu besar cili kisar

Garam secukup rasa

1 cawan santan sederhana pekat

1 sudu kecil serbuk kunyit

10 biji belimbing buluh

 

Bahan Tumbuk

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

3 cm  halia

 

Cara

  1. Ambil bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia dan ditumbuk hingga halus.
  2. Hiris halus serai. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan ditumbuk halus hingga wangi.
  3. Masukkan serai, daun kari, cili kisar dan serbuk ketumbar (yang dibancuh dengan setengah cawan air). Tumis hingga berbau wangi.
  4. Masukkan santan dan biar mendidih. Kemudian masukkan udang, belimbing buluh dan cili besar.
  5. Biar mereneh selama lima minit dengan api sederhana besar dan perasakan dengan garam dan gula.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan