Skip to content
Copyright Saji Online 2026
Theme by ThemeinProgress
Proudly powered by WordPress

HOT

  • BUBUR LAMBUK
  • LENGAT PISANG EMAS
  • KEENAKAN MASAKAN PADANG
  • KUAH KUNING POPULAR DI PULAU MALUKU
  • SINGGANG VS SINIGANG YANG MANA SEDAP?
Saji OnlinePanduan Sumber Resipi
  • You are here :
  • Home
  • Arkib Saji ,
  • Info, Tip & Petua
  • 5 WARNA DALAM DIET…

5 WARNA DALAM DIET…

Article

Ramai orang masih kurang jelas mengenai kepentingan dan jumlah pengambilan sayur-sayuran serta buah-buahan harian. Ada yang menganggap, asalkan mereka ada mengambil sayur-sayuran hijau (walaupun sekadar satu atau dua hidangan sehari) sudah mencukupi. Anggapan ini perlu diperbetulkan kerana sayuran hijau hanya membekalkan zat tertentu saja.

Sayur-sayuran dan buah-buahan berlainan warna membekalkan zat yang berbeza dan semuanya amat penting untuk kesihatan. Kalau dapat mengambil semua warna sayur dan buah iaitu hijau, merah, kuning-jingga, putih dan biru-ungu setiap hari, lebih baik.

Read moreMUDAHNYA BUAT SUP CENDAWAN PEKAT BERKRIM

Ini kerana setiap warna mengandungi fitonutrien atau nutrien tumbuh-tumbuhan berlainan yang bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sel dan mempunyai manfaat kesihatan.

Jom kita semak khasiat dan manfaat bagi setiap kumpulan:

Read moreAIS KRIM YOGURT HOMEMADE TERLAJAK SEDAP

Hijau

Mengandungi fitonutrien isotiosianat, lutein, zeantin, beta karotein dan Epigallocatechin gallate (EGCG) untuk kesihatan sel, paru-paru, menyokong fungsi arteri atau salur darah dan hati serta meningkatkan penyerapan kalsium. Contohnya ialah semua sayur yang berwarna hijau termasuklah teh hijau dan epal hijau.

Read moreCARA PALING MUDAH BUAT BROWNIES...SEDAP & MENYELERAKAN

Merah: Mengandungi likopen dan asid elagik untuk menjaga kesihatan kelenjar prostat dan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam sel. Ia boleh diperoleh daripada epal merah, kranberi, tembikai, limau gedang merah jambu, jambu batu (merah), delima, lobak radish, rasberi, strawberi, ceri dan tomato.

Kuning-jingga

Read moreASAM PEDAS AYAM - AWANG BRAND

Mengandungi alfa karotein, beta karotein, beta kriptozantin dan hesperidin yang penting untuk kesihatan mata; meningkatkan daya ketahanan badan; mengekalkan penghidratan, pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Sumbernya ialah oren, labu, lobak merah, aprikot, keledek, limau, betik, jagung, nanas, lemon (limau kapas), buah markisa.

Putih

Read moreKek Cawan Kiwi Epal

Mengandungi alisin, kueresetin, isoflavon, EGCG, isotiosianat dan antosianin bagi mengekalkan kesihatan tulang, memperbaiki peredaran darah dan menyokong fungsi salur darah serta merangsang fungsi enzim dalam badan. Contoh sayur dan buah berwarna putih ialah buah pir, kacang soya, bunga kubis, bawang putih, lobak putih, kacang putih, cendawan, pisang dan kentang,

Biru-ungu

Read moreKek Lapis Oren Yogurt

Mengandungi kuersetin, resveratrol, asid elargik, antosianidin dan prosianidin. Ia mempunyai ciri antioksidan yang kuat, berperanan penting melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas, menyokong kesihatan jantung, salur darah dan kulit serta melancarkan proses pencernaan.  Ia boleh didapati daripada buah dalam tin, beri biru, kubis ungu, anggur hitam, terung, keledek ungu, kacang hitam, plum, bawang merah dan bit.

 

Read moreBAHANA KEK BAJET RM1.00

 

You may also like

BUBUR LAMBUK

LENGAT PISANG EMAS

KEENAKAN MASAKAN PADANG

Archives

  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • June 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • September 2017
  • August 2017
  • July 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017

Calendar

March 2026
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
« Oct    

Categories

  • Advertorial
  • Arkib Saji
  • Ayam & Daging
  • Berita Saji
  • Biskut & Kek
  • Dunia Kulinari
  • Hotel & Resort
  • Info, Tip & Petua
  • Kuih Muih
  • Makanan Laut
  • Mi & Pasta
  • Minuman
  • Pembuka Selera
  • Pencuci Mulut
  • Resipi Saji
  • Restoran & Kafe
  • Roti & Pastri
  • Saji Singgah
  • Saji Sukses
  • Sambal
  • Santai
  • Sayuran
  • Step By Step
  • Telur
  • Uncategorized
  • Video

Copyright Saji Online 2026 | Theme by ThemeinProgress | Proudly powered by WordPress