BAHAN
1 kg ayam
1 kg santan
4 sudu besar biji ketumbar – sangai dan tumbuk kasar
4 sudu besar biji jintan kasar – sangai dan tumbuk kasar
1 cawan air asam
3 sudu besar kerisik
Sedikit garam dan gula
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR
20 tangkai cili kering
500 gm bawang merah
10 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
5 batang serai
CARA
- Rebus ayam hingga empuk, kemudian siat-siat sehingga halus.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, masukkan jintan dan ketumbar tumis sehingga naik bau.
- Masukkan santan, kerisik, garam, gula dan air asam.
- Kemudian masukkan ayam kacau rata, masak menggunakan api kecil sehingga serunding kering. Sedia dihidangkan bersama ketupat.