PULUT KUNING

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN:

5 cawan beras pulut

1 keping asam gelugur

2 sudu kecil serbuk kunyit

3 cawan santan pekat

Sedikit garam dan gula

Sedikit daun pisang

 

CARA

  1. Beras dicuci bersih dan dituskan.Masukkan beras pulut dalam bekas,masukkan serbuk kunyit, asam gelugur dan air. Anggaran air mestilah melebihi paras pulut. Kacau rata dan rendam semalaman.
  2. Tuskan beras, keluarkan asam gelugur, panaskan pengukus. Masukkan beras pulut dalam loyang. Lapikkan dasar kukusan dengan daun pisang. Pastikan air pengukus sudah mendidih kukus beras pulut selama 20 minit.
  3. Satukan santan pekat, garam dan gula. Kacau seketika atas api hingga naik wap. Selepas 20 minit, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yang besar. Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke atas pulut, kacau sebati. Buat hingga santan habis.
  4. Biarkan seketika dalam 8 minit hingga 10minit, supaya pulut sebati dengan santan. Masukkan semula ke dalam kukusan, kukus selama 20 hingga 30 minit hingga pulut masak.

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan