BAHAN
1 biji nanas sederhana besar – potong bulat dan celur
2 cawan santan pekat
1 cm halia – tumbuk
5 ulas bawang merah – tumbuk
2 ulas bawang putih – tumbuk
2 sudubesar udang kering – tumbuk
1/2 sudukecil serbuk kunyit
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu besar cili kisar
Sedikit garam
Asam jawa secukupnya
BAHAN TUMIS
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 sudu besar rempah kari ikan – bancuh bersama air
CARA:
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk serta bahan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan kerisik dan nanas. Kacau rata,masukkan santan, garam dan gula. Masak sehingga kuah pekat dan naik minyak.
- Kemudian masukkan nanas, tambahkan sedikit air. Biarkan nanas masak sempurna. Sedia dihidangkan.