ACAR BUAH

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN A

5 ulas bawang putih – tumbuk

5 ulas bawang merah – tumbuk

1 sudu besar biji sawi

2 cm halia – tumbuk

1 1/2 cawan minyak untuk menumis

 

BAHAN B

1/2 sudu besar serbuk kunyit

1 sudu besar serbuk cili

1/3 sudu besar halba – sangai dan tumbuk

1/2 sudu besar biji jintan putih – sangai dan tumbuk

1/2 sudu besar biji jintan manis – sangai dan tumbuk

1 sudu besar ketumbar – sangai dan tumbuk

 

BAHAN C

3/4 botol cuka

500 gm gula

Sedikit garam

 

BAHAN D

500 gm jeruk campur

 

BAHAN TABUR

3 sudu besar bijan – sangai

2 sudu besar biji sawi – sangai

 

CARA

  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumiskan bahan A sehingga garing.
  3. Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C.
  4. Biarkan seketika sehingga mendidih dan berbuih-buih air gula.
  5. Selepas itu, masukkan bahan D dan diikuti dengan bahan tabur. Gaul sedikit supaya bercampur. Jangan dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur.
  6. Apabila sudah mendidih, terus padamkan api.Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut.Pastikan tiada air digunakan. Air dari buah-buahan akan sendirinya keluar sebagai kuah.

 

PESAN SAJI : Gula boleh juga digantikan dengan gula merah jika suka.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan