BAHAN-BAHAN:
2 papan telur puyuh rebus
Nanas muda
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang merah – tumbuk
3 cm halia – kisar
3 sudu besar kerisik
2 sudu besar rempah kari
1 sudukecil serbuk kunyit
Air secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Tumiskan bahan tumbuk , kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan rempah kari tumis sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan nanas.
- Masak sehingga nanas lembut, kacau perlahan-lahan, masukkan kerisik, gula dan garam secukup rasa. Kacau seketika dan biar sebentar.
- Akhir sekali, masukkan telur puyuh yang telah direbus, kacau rata. Siap untuk dihidangkan.
